Wednesday, 21 September 2011

Ingin awak tahu ~


 tiap kali saya jumpa awak kan, saya rasa berdebar la. Tak tahu kenapa, tapi itulah yang saya rasa tiap kali dengar suara awak. Saya jadi gugup. Tak tahu nak cakap pe . heee ~~ awak maybe tak secomel orang lain. Tapi bagi saya kan, ada sesuatu yang istimewa pada diri awak ni. Kalau jumpa awak kat sekolah, saya selalu je buat – buat lalu belakang awak. Konon saya nak pergi tanya soalan kat cikgu la. Padahal saya nak tengok awak. Satu hari tak tengok awak, saya rasa rindu sangat. Rasa cam tak lengkap aktiviti saya hari tu. Awak tau tak? Kalau awak tak datang sekolah kan, saya rasa gelisah ar. Bimbang pun ada. Kalau boleh saya nak tanya semua kawan – kawan awak, kenapa awak tak datang sekolah hari ni? Awak sakit ke? Sakit apa? Teruk ke? Saya nak tanya semua tu sebab saya sayang awak. Saya pedulikan awak. Hari tu kan, ada orang gossip pasal awak la. Dia cakap awak gedik. Saya apa lagi, terus naik angin. Saya sound kat dia. Dia pulak yang marah kat saya. Cakap saya saja nak backup awak. Tapi sebenarnya saya marah sangat kat dia sebab cakap buruk kat orang yang saya sayang. Saya sayang awak dan saya tak kisah apa yang orang lain cakap. Biarlah. Peduli apa yang mereka cakap. Cinta saya sedikit pun tak luak bila dengar gossip diorang tu. Saya sayangkan awak walau apa pun yang orang cakap pasal awak.

Hahaha still tak dapat lupa time saya mula – mula nak ngorat awak. Awak macam tak layan kat saya. Cakap saya gedik la apa la. Tapi sebenarnya saya cintakan awak. Macam – macam cara saya buatkan. Tapi akhirnya awak sangkut jugak kat saya. Waktu awak terima saya sebagai kekasih awak kan, saya dah bersumpah pada diri saya yang saya akan jaga awak selagi saya masih bernafas. Saya sayang awak. Kalau awak deman, saya nak jaga awak 24 jam. Kalau awak nak makan apa – apa, awak cakap je, sure saya akan carikan untuk awak. Saya just nak tengok awak gembira, itulah yang menggembirakan saya. Tapikan baru – baru ni kenapa awak macam tak layan saya? Saya ada buat salah ke? Saya ada kutuk awak ke? Maaflah kalau saya ada buat apa – apa kat awak. Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak. Saya sayang awak. .. maaf k sayang? Awak maafkan saya tak? Ouh satu lagi, petang tadi, saya nampak awak nak sangat piano kat kedai muzik tu. Saya belikannya untuk awak. Haha mahal jugak piano tu. Duit saya just tinggal RM50 je. Saya ingat nak tolak je piano tu sampai rumah awak sebab hari ni kan birthday awak. Heee ~~ saya nak buat surprise. LAgipun romantic sikit kan kalau saya tolak piano tu dari kedai sampai umah awak.. hohoho sebenarnya saya takde duit dah nak upah diorang suruh hantar piano ni sampai umah awak .. hahaha..

Laaaa awak! Tadi hujan la.. habis basah saya .. saya buang jaket saya nak tutup piano . still tak dapat tutup sebab piano kan besar. So saya amik canvas kat tepi jalan tu, tutup piano. Tapi saya tak jumpa canvas untuk saya. So saya basah dek air hujan. Takpe lah, janji piano yang awak nak ni tak rosak dan tak basah . Kalau basah mesti rosak kan?? Saya basah takpe, saya boleh kering balik. Piano kalau rosak kena beli. Tak boleh nak baiki. Saya tak pandai haha … ouh, hujan dah berhenti. Dah nak sampai kat umah awak ni, saya berhenti kejap. Nak beli air. Hauslah wak. Eh! Eh! Piano tu bergerak la .. jap jap, saya nak tarik balik piano tu. Nanti kena langgar dengan kenderaan, hancusss .. hahaha kejap ye wak. Takpe air tu boleh beli pulak nanti. Janji piano yang awak nak tu tak hancusss …

Awak.. saya dah ada depan rumah awak ni. Heee~~~ ouh ya, lupa. Saya off telefon tadi sebab nak jimat bateri. Jap saya on henpon saya .. haha awak buat 6 miss call? Haha jangan risau la. Saya tak lupa birthday awak. Saya takkan lupa la wak. Awak. Awak tengok kat luar ni. Saya ada kat luar . tengah duk atas piano ni. Hahah ..

Awak? Awak? Siapa lelaki tu wak? kenapa awak pegang tangan dia? Ohh abang awak ya?? Kenapa tak cakap? Eh! Eh! Awak! Kenapa awak cium dia?!!! Siapa dia wak?!! awak! Siapa dia?? Kekasih awak ke?? Habis saya ni siapa wak?? jap jap, ada mesej sampai. Eh mesej awak la.. pending kott sebab saya off henpon tadi.. jap nak baca.. awak pe awak tulis ni? Kenapa awak tulis camni??

“dear, maafkan saya. Saya dah ada orang lain. Saya harap awak boleh lupakan saya”

Awak?! Senangnya awak lafazkan semua ni. Dia kekasih baru awak ke?? Awak. Kenapa awak buat camni kat saya? Saya rela berkorban apa saja untuk awak. Saya sayang awak. Ouhh .. maybe saya tak sesuai untuk awak. Kalau awak cintakan dia. Awak cintakan dia sepenuh hati awak ye. Jangan awak mainkan dia macam awak mainkan diri saya. Saya harap awak bahagia dengan dia. Saya tak kisah dengan siapa awak bercinta, asalkan awak gembira. Sebab saya hanya nak tengok awak gembira je … nah saya tinggalkan piano ni kat depan pintu rumah. Awak keluar la .. awak

Awak.. saya nak cakap sesuatu, saya tulis nota ni kat dalam hospital. Saya masuk wad sebab saya kena langgar dengan kereta time balik dari rumah awak. Sakit wak. kalau boleh saya nak tengok wajah awak buat kali terakhir. Saya separuh sedar time doctor bincang sesuatu dengan mama saya. Doctor ckp, peluang saya untuk hidup ialah  50-50.. otak saya mengalami gegaran yang sangat kuat. Kalau saya hidup itu adalah suatu keajaiban. Awak, saya nak awak tahu yang walaupun awak dah lupakan saya. Saya tak akan pernah lupakan awak sampai mati. Awak, saya sayang awak. Saya postkan surat ni kat rumah awak. Dan pada waktu awak baca nota ni, saya sebenarnya dah pergi .. buat selama – lamanya.

“Cintailah orang yang mencintaimu dengan sepenuh hatinya”

# Copy Paste jea , penad nak salin semua ;)